Selamat Datang Ke Laman Blog Koperasi

Selamat Datang Ke Laman Blog Koperasi !

Perkhidmatan Kami

Tabung Kebajikan

Jenis Tabung Kebajikan
  1. Derma bersara pilihan/wajib
  2. Derma kematian anggota/suami/isteri/anak/ibu/bapa
  3. Derma menjalani rawatan perubatan di wad hospital.
  4. Derma kelahiran
  5. Derma pendidikan
Anggota
Anggota-anggota Tabung Kebajikan ini terdiri daripada anggota-anggota yang telah diterima menjadi anggota koperasi Jabatan Hutan Perak Berhad.
Cara Memohon 
Permohonan untuk mendapatkan wang dari Tabung Kebajikan ini hendaklah dibuat oleh anggota atau waris simati dengan menggunakan borang yang telah disedikan oleh Koperasi Jabatan Hutan Perak Berhadbagi tujuan tersebut dan hendaklah disertai dengan dokumen-dokumen yang lengkap.
Jumlah Amaun Derma
  • Derma Bersara Pilihan/wajib                                          RM1,000.00
  • Derma Kematian anggota yang masih bertugas                RM1,000.00
  • Derma pengkebumian anggota                                        RM500.00
  • Derma pengkebumian isteri pertama anggota                   RM300.00
  • Derma pengkebumian Anak Anggota                              RM200.00
  • Derma pengkebumian ibu atau bapa anggota                   RM100.00
  • Isteri pertama bersalin                                                    RM50.00   
  • Derma anggota masuk wad sehari                                  RM5.00    
  • Derma anggota masuk wad seminggu                             RM50.00
  • Lebih dari seminggu dikira hari                                        RM5.00                                           
  • ?
Jumlah Amaun Derma Pendidikan
Derma pendidikan bagi setiap jenis peperikasaan adalah mengikut syarat yang ditentukan oleh Lembaga dan amaunnya seperti berikut :
  • Lulus UPSR (5A)                                                               RM50.00
  • Lulus PMR (8A)                                                                 RM75.00
  • Lulus SPM dengan kepujian mengikut syarat                        RM100.00
  • Lulus STPM dengan kepujian mengikut syarat                     RM120.00
  • Lulus Peringkat University mengikut syarat                          RM150.00


Pembiayaan Bai’ Al-Inah

Pengenalan
“Bai’ Al-Inah” bermaksud satu jenis jual beli yang diharuskan oleh hukum syarak bagi tujuan memenuhi keperluan tunai seseorang. Bai’ Al-Inah merupakan satu kaedah:
Menjual sesuatu aset dengan HARGA TANGGUH dan kemudian membelinya semuala daripada pembeli secara TUNAI.
Skim ini juga dikenali sebagai Skim Pembiayaan Peribadi. Koperasi akan menyediakan pembiayaan kepada anggota yang memerlukan wang tunai untuk pelbagai kegunaan.

Perlaksanaan
  • Bai’ Al-Inah melibatkan dua akad berasingan iaitu Akad Jualan dan Akad Belian
Akad Jualan – pihak koperasi menjual suatu barang milik koperasi secara jualan tangguh (harga kos + keuntungan) kepada anggota. dari hukum syarak barang ini kini berpindah milik kepada anggota dan anggota berhutang koperasi.
Akad Belian – Setelah selesai akad jual beli pertama anggota akan menjual aset yang sama itu kepada koperasi secara Jual Tunai barang ini berpindah milik semula kepada koperasi dan koperasi akan membayar tunai kepada anggota.
  • Koperasi adalah pemilik sah kepada aset yang bernilai. aset yang boleh digunakan oleh koperasi ialah sijil-sijil pemilikan pelaburan dalam pelbagai denominasi.
  • kadar maksimum pembiayan untuk seseorang anggota dibawah skim ini ialah sebanyak RM50,000.00 sebelum di campur keuntungan untuk koperasi.
  • Tempoh pembayaran balik tidak melebihi 180 bulan bagi pembiayaan skim ini dengan mengikut jadual yang telah diluluskan oleh lembaga.
  • Pembiayaan bertindih pula boleh dibenarkan tertakluk kepada persetujuan Lembaga.
  • Kadar pengambilan keuntungan adalah diantara 04% hingga 10% daripada harga kos/belian atau mengikut jadual yang telah diluluskan oleh Lembaga.
 Kelayakan
  • Telah menjadi anggota koperasi ini dan telah membayar Modal Syer sekurang-kurangnya RM200.00 dab telah mencarum Modal Yuran sekurang-kurangnya Rm30.00 sebulan selama 6 bulan berturut atau telah menyempurnakan bayaran yuran bulanan untuk tempoh tersebut.
  • Bagi pemohon yang menjadi anggota kurang daripada 6 bulan anggota tersebut hendaklah memiliki sekurang-kurangnya modal yuran sebanyak RM180.00 dan menjadi anggota sekurang-kurangnya 1 bulan.
  • Had umur hingga tempoh bersara.
  • Had potongan tidak melebihi 60% daripada pendapatan gaji tetap.
  • Dilenkapkan dengan 3 orang penjamin yang mencukupi syarat-syaratnya.